Wednesday, July 7th, 2010 15:21:00
LOOKING BETTER THAN EVER: The three stylists (standing from left) Aaron Yap, Florence Lum and Billy Lim did a fabulous makeover for (from left) Vivien Sam, Tengku Zainab Ajlaa and MayJune Tan
It was a makeover that wowed the crowd. Over 40 members of the Malaysian Hairdressing Association (MHA), guests and media who gathered at the 7atenine restaurant recently to bear witness to The Science and Art of Hair, cheered and whistled as three young women unveiled brand new looks.
The beauty advocacy campaign brought together Procter & Gamble Malaysia's (P&G) scientific expertise with the artistic abilities of the MHA stylists, thanks to the collaborative efforts of P&G and the MHA.
"P&G, as a global authority in beauty and grooming has long recognised the importance of healthy hair as the foundation of good hair style. P&G offers six different brands that cater to the diverse hair care needs of consumers including Pantene, Rejoice, Head and Shoulders, Clairol Herbal Essences, Wella and Vidal Sassoon," said country CEO of P&G Yuri Hermida.
"While we are committed to research and development in the science behind hair structure, there is also no doubt that great hair can only be achieved through a balance between science, such as ours, and art, that the MHA are masters of."
MHA president Billy Lim; principal of renowned hair salon and academy Hair Connection, Florence Lum and multiple award-winning hairdresser Aaron Yap were the three stylists who generously gave their time to three specially-selected participants, who all had hair issues to deal with due to their individual lifestyles.
The three participants were 26-year-old TV presenter/model/actress MayJune Tan; 22-year-old blogger/events executive/model Vivien Sam and 23-year-old beauty writer/dancer Tengku Zainab Ajlaa.
A two-week consultation period and a homecare regimen of the Pantene Pro-V line supported by the Pantene Night Miracle Serum, worked its magic, as the three women with their newly-transformed hair were revealed in turn after a short video documenting their transformation journey was aired.
The event was well-received by the 40-strong MHA stylists present, who were glad to be part of an industry education experience that allowed networking and the exchange of ideas amongst like-minded individuals who share a passion and commitment to hair care.
Dr Colin D' Silva, principal scientist and associate director for P&G Beauty was also on hand to share his thoughts about each woman's hair health issues, and offered enlightening explanations about hair damage and associated treatment options.
"One of the most common hair issues faced by women is split ends. Pantene lab studies have shown that a Pantene Pro-V regimen can lessen split ends. Hair then of course looks less damaged and hence you won't feel the need to cut the ends anymore.
"Hair will become healthier when it is protected and further damage and split ends can then be prevented. The Pantene Pro-V formula absorbs into damaged tips, coating and transforming them into healthy looking tips. It reduces the friction and thus resulting in less tangles and breakage, which translates into less split ends," explained Dr Colin.
The day ended with MHA stylists providing quick mini hair consultations to guests and answering any questions that were addressed to them.The Malay Mail
http://mmail.com.my/content/42384-hairraising-event

**********************************
Penjagaan, seni dandanan perlu seimbang
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/07/01 KECANTIKAN wanita bukan hanya dilihat apabila dia mampu memiliki kulit cerah tanpa jerawat, memiliki sepasang mata yang cantik disalut maskara atau bibir mungil nan seksi dilapis gincu.
CANTIK...(hadapan dari kiri) Vivien, Tengku Zainab dan May June bersama tiga pendandan (dari kiri) Yap, Florence dan Lim. Ramai wanita terlupa pada bahagian paling penting yang perlu dijaga iaitu rambut yang menjadi mahkota wanita.
Menjaga kesihatan rambut adalah perkara yang sangat penting. Ini kerana rambut mampu merubah penampilan seseorang sehingga kelihatan lebih menawan. Namun, kebanyakan wanita mengabaikan penjagaan rambut sehingga muncul masalah kerosakan rambut seperti rambut gugur, kusam, patah, bercabang tipis dan berkelemumur.
Namun, kesihatan rambut yang bermula dengan rutin lengkap penjagaannya seperti mencuci dan melembap, perlu pula diseimbangkan dengan seni dandanan rambut kerana tanpanya kecantikan seorang wanita sukar diserlahkan.
Bagi membuktikan hal ini, tiga wanita yang memiliki masalah rambut diperkenalkan pada majlis kempen advokasi kecantikan Sains dan Seni Rambut yang menggembleng kepakaran saintifik Procter & Gamble Malaysia (P&G) dengan sentuhan artistik pendandan profesional daripada Persatuan Dandanan Rambut Malaysia (MHA).
Mereka adalah Presiden Persatuan Dandanan Malaysia, Billy Lim, yang berjaya merubah penampilan penyampai televisyen, peragawati dan pelakon, May June Tan menjadi lebih menyerlah. Florence Lum dengan sentuhan menawan menjadikan penulis dan penari, Tengku Zainab Ajlaa, menjadi lebih seksi dan anggun.
Pendandan Aaron Yap pula menyerlahkan lagi penampilan penulis blog dan peragawati sambilan, Vivien Sam untuk tampil hebat di khalayak ramai.
Semua wanita anggun ini dipilih secara khusus untuk menjalani tempoh dua minggu rejim rawatan di rumah menggunakan rangkaian Pantene Pro-V disokong Pantene Night Miracle Serum.
Selain rawatan dan dandanan, Saintis Prinsipal dan Pengarah Bersekutu Komunikasi Saintifik & Perhubungan Awam P&G, Dr Colin D'Silva turut berkongsi pandangan mengenai masalah rambut setiap peserta serta memberikan penjelasan mengenai kerosakan rambut dan rawatan berkaitan.
"Salah satu masalah rambut yang biasa bagi wanita ialah hujung rambut pecah disebabkan pemilihan produk yang salah serta gaya hidup seharian.
"Kajian makmal Pantene menunjukkan rejimen Pantene Pro-V boleh mengurangkan hujung rambut pecah menerusi rumusan yang menyerap ke dalam rambut, menyaluti dan mengubah, menjadikan rambut kembali sihat sekali gus mengurangkan kekusutan dan terpecah," kata D'Silva.
May June pula menghadapi masalah rambut gugur serta kering. Justeru, Lim membuat potongan pendek serta bertingkat bagi memberikan penampilan segar serta menyerlah.
Dr D'Silva menyarankan May June menjalankan rutin harian menjaga rambut bagi mengurangkan masalah rambut gugur serta kering.
Tengku Zainab, wanita lasak serta aktif bimbang dengan keadaan rambut yang tidak bermaya serta terdedah dengan habuk, asap dan minyak. Selepas rawatan kulit kepala selama dua minggu, Florence mengubah gaya rambut menjadi lebih moden dan kemas. Ini bagi mengurangkan masalah kulit sensitif serta mudah dicuci.
Dr D'Silva turut mencadangkan Tengku Zainab terus menggunakan rawatan untuk kulit sensitif serta perapi setiap hari. Penggunaan serum juga sangat membantu memperbaiki pertumbuhan rambut.
Bagi Vivien, dia memiliki rambut panjang, kerinting serta kering. Selepas rawatan dua minggu, rambutnya kembali sihat dan bersinar.
Menurut Dr D'Silva, rejim penjagaan membersih dan merapi sangat penting bagi mendapatkan rambut lembut. Perapi mampu mengembalikan keadaan semula jadi rambut.
Pendandan, Yap menambah sedikit warna pada rambut Vivien supaya tampil dengan wajah moden dan segar.
Menurut pendandan rambut, Lim, setiap orang memiliki lebih 100,000 helai rambut, manakala keseluruhan permukaan kulit ada sekitar lima juta rambut yang sukar dilihat mata kasar manusia. Rambut mengandungi fiber yang sangat banyak dan kuat sehingga mampu menggantung dua ekor gajah.
"Justeru, masalah rambut gugur serta menipis boleh dirawat jika menggunakan produk serta teknik rawatan betul. Bagi mereka yang gugur 50 sehingga 100 helai rambut sehari, itu adalah normal kerana rambut yang gugur akan tumbuh semula," katanya.
Menurut Lim, kulit kepala terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk. Jika dibiarkan tidak terlindung, kotoran yang melekat akan menutup liang pada kulit kepala. Keadaan ini akan menyebabkan liang folikel tertutup dan mengganggu pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut.
"Kilang minyak sangat penting kerana minyak berkenaan akan membekalkan lembapan semula jadi menjadikan rambut kelihatan berkilat dan sihat. Jika pengeluarannya terganggu, minyak berkenaan akan kembali ke pangkal rambut pada kapilari darah yang membekalkan oksigen pada rambut.
"Jika kapilari tertutup, perjalanan oksigen terganggu lalu merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur," katanya.
Paling utama adalah tekanan, kesilapan memilih syampu, ketidakseimbangan hormon atau kekurangan enzim dhydro testerone (DHT) dalam badan sehingga menyebabkan kulit kepala berminyak dan berkelemumur.
Justeru, Lim menasihati wanita agar membasuh rambut sekali sehari. Sekiranya rambut berminyak mereka disarankan membasuh pada waktu pagi dan petang. Rambut yang dibasuh setiap hari tidak akan menyebabkan rambut gugur jika dilakukan dengan betul.
"Caranya dengan membasuh rambut menggunakan syampu sesuai, kemudian buat urutan lembut pada kulit kepala satu hingga tiga minit. Urutan ini sangat baik untuk melancarkan peredaran darah. Gunakan perapi untuk menambah kelembapan rambut serta mengurangkan rambut kusut," katanya.
Pemilihan makanan juga sangat penting untuk membantu pertumbuhan rambut. Memakan banyak makanan mengandungi protein seperti ikan, sayuran kekacang, telur, susu, daging dan keju menjadikan rambut lebih kuat serta mengurangkan masalah rambut gugur, bercabang dan pecah.
Vitamin pula membantu memelihara warna rambut agar kekal hitam serta mengurangkan rambut berminyak.
"Banyakkan minum air putih lapan sehingga 10 gelas sehari, ini kerana rambut yang segar dan sihat datangnya daripada badan yang sihat," kata Lim.
Fakta:
•Kulit kepala sihat mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 helai rambut
•Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh selepas sum-sum tulang
•Kira-kira 90 peratus rambut hidup manakala 10 peratus berehat
•Lebih 50 peratus lelaki selepas usia 50 tahun mengalami keguguran rambut
•Kira-kira 40 peratus wanita mengalami keguguran rambut selepas menopaus
•Syampu berasal daripada perkataan Hindi, 'Champna' yang bermaksud urut.
0 comments:
Post a Comment