Pages


Thursday, February 18, 2010

马来报Metro Hari Ini之春节访问

myMetro
Tak sabar makan besar bersama keluarga


Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my

2010/02/13 MEMEGANG status selebriti, bukanlah alasan terbaik membelakangkan keluarga semata-mata ingin mengejar pencapaian karier seni, apatah lagi apabila membabitkan perayaan.

Justeru, kedatangan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok amat dinanti-nantikan ketiga personaliti ini, MayJune, Aenie Wong dan Hishiko untuk meraikannya bersama seisi keluarga. Biarpun sambutan kali ini menarik kerana turut meraikan Hari Kekasih, sudah menjadi kemestian buat mereka mengutamakan keluarga berbanding kekasih. Bukanlah kekasih tidak penting, cuma inilah masa untuk seluruh keluarga berkumpul di samping mengeratkan lagi hubungan sesama saudara. Bagi pengacara Women's Zone musim kedua, MayJune, 25, sambutan kali ini tidak sama seperti dulu kerana merindui abangnya yang kini bekerja di luar negara. "Antara kakak dan abang, saya lebih rapat dengan abang kerana kami selalu bermain bersama. Ingat lagi masa bermain bunga api dengannya, saya sekadar memandang dari tepi kerana takut. :Tapi, semua itu menjadi kenangan indah buat saya apatah lagi dia kini berada di luar negara. "Sudah lama dia tidak balik kerana sibuk dengan kerja. Sedih jugalah, tetapi kami faham, kos penerbangan pun mahal," katanya yang akan menyambut Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur bersama keluarga. Biarpun sedih, kata pemenang rancangan realiti Star Idol 2007 ini yang sambutan tetap akan diteruskan. Apatah lagi, kali ini kekasihnya turut akan ada bersama ketika makan besar.

"Memandangkan sambutan Tahun Baru Cina kali ini jatuh pada Hari Kekasih, saya menjemput kekasih saya untuk makan besar sebelum dia pulang ke Sabah. "Ini pertama kali dan saya agak malu apabila membawa kekasih makan sekali. "Saya memang tak sabar menanti Tahun Baru Cina terutamanya ketika menerima angpau. Pernah saya menerima angpau hingga mencecah RM1,000. "Berkaitan persiapan, tiada apa sangat dan semuanya diuruskan keluarga. Saya cuma balik dan tolong apa yang patut," katanya.

Pemegang status Miss Malaysia Asia Pacific 2005/2006, membuka ruang kepada Aenie Wong, 24, melebarkan sayapnya dalam industri hiburan tempatan. Membintangi beberapa drama cina tempatan seperti The Iron Lady dan Age of Glory, pembabitan wanita tinggi lampai ini semakin dikenali ramai. Namun, status selebriti tidak pernah membuatnya lupa diri. "Setiap kali tiba perayaan Tahun Baru Cina, saya dan keluarga akan balik Ipoh meraikannya bersama datuk dan nenek sebelah ibu. "Walaupun saya sibuk dengan tugas sebagai selebriti, tetapi itu tidak bermaksud saya mengabaikan keluarga. "Lagipun, hari lain kita selalu bersama kawan-kawan dan kerja, jadi takkanlah tak boleh luangkan masa pada Tahun Baru Cina untuk raikan bersama keluarga? "Ketika inilah saya berpeluang mengenal saudara-mara dan merapatkan lagi hubungan. "Saya juga tidak sabar menanti makan besar kerana ibu ada beritahu yang dia akan masak satu menu baru nanti. Sebelum ini, tiadalah pula dia sediakan menu baru dan ini membuatkan saya tertanya-tanya," katanya.

Sekiranya yang lain hanya menunggu angpau, berlainan pula dengan pelakon Friends Forever. Memperuntukkan sebanyak RM400 sebagai angpau kepada kedua ibu bapanya, nyata Hishiko, 24, lebih gemar begitu. "Walaupun ikut tradisi saya masih berpeluang menerima angpau kerana belum berkahwin, tetapi sebagai anak saya rasa sudah menjadi tanggung jawab membalas jasa ibu bapa. "Apatah lagi, pemberian angpau membawa maksud semoga kehidupan mendapat tuah, jadi saya harap kehidupan mereka akan sentiasa gembira dan bertuah. "Seperti biasa, saya akan raikan Tahun Baru Cina bersama keluarga di Kluang, Johor dan selalunya kami akan ada dua kali makan besar. Tengah hari ini, kami akan makan besar dengan keluarga sebelah ibu saya dan malam pula sebelah ayah," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taksabarmakanbesarbersamakeluarga/Article

0 comments:

Post a Comment

抄抄写写,回忆记录,终于还是回到了自己,属于五月六月的天,就只是这么样……